Kerja-kerja pembinaan, tukang paip berlesen, pendawaian elektrik, pagar, longkang, tandas tersumbat, kerja tanah, permohonan paip air Batu Pahat dan Muar, Johor.
Tukang Paip, Elektik dan Pembinaan
Tukang Paip Azren Plumber & Contractor menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan baru, membaiki dan mengubahsuai bangunan sedia ada dan kerja-kerja berkaitan seperti pemasangan keseluruhan paip air dan sistem sanitary, paip rosak, tandas tersumbat pendawaian elektrik, memasang jubin, siling kapur, pagar, longkang dan kerja-kerja tanah.
Cari Maklumat
Saturday 16 January 2010
Tukang Paip Azren Plumber & Contractor
Tukang Paip Daerah Batu Pahat
Azren Plumber & Contractor adalah tukang paip berdaftar di Batu Pahat. Berdaftar dengan SPAN bagi menjalankan kerja-kerja paip dalam negeri Johor. Azren Plumber & Contractor juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Menjalankan kerja-kerja pembinaan, kerje-kerje elektrik dan paip air. Bagaimanapun kerja-kerja lebih tertumpu kepada kerja-kerja paip dalam daerah Batu Pahat dan Muar. Selain menjalankan kerja paip, banyak kerja-kerja pertukangan kayu, bangunan dan elektrik dijalankan dalam daerah Batu Pahat. Bidang kerja tukang paip terdiri daripada kerja-kerja pemasangan paip dalaman bangunan termasuk sistem sanitary sehingga kepada kerja-kerja tapping ke paip perhubungan. Kerja-kerja pembinaan bangunan dari kerja-kerja tanah sehinggalah siapnya bangunan itu Ia termasuklah kerja-kerja asas, tiling, siling kapur dan kerja-kerja luar bangunan seperti pagar dan longkang.
Saturday 2 January 2010
Permit Tukang Paip
Tukang Paip mestilah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh SPAN. Tukang paip memerlukan sekurang-kurangnya permit A1(menjalankan kerja-kerja paip dalaman sehingga meter. Bagaimanapun untuk menjalankan kerja-kerja paip perhubungan iaitu paip selepas meter air, tukang paip sekurang-kurangnya memerlukan permit jenis A2. Permit ini membolehkan tukang paip menjalankan kerja-kerja paip dalaman dan luaraan. Pengguna dinasihatkan mencari tukang paip yang mempunyai permit yang sah. Bagi Pengguna di negeri Johor boleh menghubungi melalui telefon 1800 88 7474 atau laman web SAJ(Syarikat Air Johor) atau SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)
Kenapa Perlunya Tukang Paip
Mungkin ramai yang tidak sedar akan perlunya tukang paip sehinggalah berlakunya kerosakan dirumah. Ramai beranggapan kerja tukang paip ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Perlu diingat bahawa memasang atau membaiki paip air tanpa kemahiran mencukupi boleh membuatkan kita kerugian dari segi tenaga, masa dan wang. Ada yang beranggapan bahawa tukang paip hanya diperlukan apabila kerja-kerja yang benar-benar sukar dilakukan sendiri. Adalah diingatkan kepada pengguna yang ingin memasang paip air baharu ataupun membaiki paip air yang rosak dirumah supaya memanggil tukang paip yang berlesen. Bagi yang ingin menjalankan kerja-kerja pemasangan paip air juga perlulah mengetahui bahawa mereka mestilah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh SPAN. Tukang paip yang menjalankan pemasangan paip air adalah tertakluk kepada Akta 654 - Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Mereka yang ragu-ragu akan akta yang ada perlulah merujuk akta tersebut di laman web SPAN berkaitan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. Ini bagi mengelakkan kita dari melanggar akta yang berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Azren Plumber & Contractor
- Azren Plumber & Contractor berdaftar dengan SSM bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan, Memiliki lesen SPAN kategori A2 untuk memasang paip air utama dan juga kediaman. Memohon bekalan air baru untuk kediaman, kedai dan lain-lain premis yang memerlukan bekalan air paip. menjalankan kerja-kerja penyambungan semula bekalan air, kerja-kerja tapping dan membaiki semua kerosakan paip air.