Tukang Paip, Elektik dan Pembinaan

Tukang Paip Azren Plumber & Contractor menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan baru, membaiki dan mengubahsuai bangunan sedia ada dan kerja-kerja berkaitan seperti pemasangan keseluruhan paip air dan sistem sanitary, paip rosak, tandas tersumbat pendawaian elektrik, memasang jubin, siling kapur, pagar, longkang dan kerja-kerja tanah.

Cari Maklumat

Wednesday 20 October 2010

Tukang Paip Berlesen Daerah Batu Pahat, Muar, Johor

Azren Plumber & Contractor ialah syarikat yang berlesen dengan SPAN kategori A2 dan SSM bagi menjalankan kerja-kerja binaan bangunan termasuk kerja-kerja berkaitan seperti memasang paip air dan sanitary, tandas tersumbat, pendawaian elektrik, memasang jubin, siling kapur, pagar, longkang dan kerja-kerja tanah. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja meliputi seluruh kawasan Batu Pahat dan Muar, Johor. Pelanggan dinasihatkan agar meminta anggaran harga dan spesifikasi kerja terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan kerja-kerja yang akan dilakukan. Pelanggan boleh membuat perubahan kerja semasa kerja-kerja dijalankan dengan penambahan kos yang dipersetujui.

Kerja-kerja binaan bangunan

Secara amnya, kerja-kerja binaan bangunan terbahagi dua.

1.  Kerja-kerja di bawah paras tanah (sub-struktur)

      - Kerja-kerja permulaan

      - Kerja-kerja tanah
            a- Penyediaan tapak
            b- Memancang tanda
            c- Penggalian

       - Kerja-kerja cerucuk

       - Kerja-kerja asas

       - Kerja-kerja tiang tunggul

       - Kerja-kerja rasuk bumi

2.    Kerja-kerja di atas paras tanah (super struktur)

       - Struktur  bangunan
          a- Rangka utama

                    - Tiang
                    - Rasuk bumi & Rasuk bumbung (beam)
                    - Lantai
                    - Tangga
                    - Dinding luar dan dalam
                    - Bumbung dll

           b- Elemen tambahan 
                    - Rangka pintu
                    - Rangka tingkap
                    - Siling
                    - Lain-lain elemen tambahan

            c- Kemasan
                     - Plaster
                     - Tiling
                     - Cat

           -  Perkhidmatan bangunan

              a- Saluran dan paip air
              b- Pendawaian elektrik dan peralatan

           - Pemasangan peralatan bilik air dan perabut serta lain-lain

Spesifikasi piawai untuk kerja-kerja paip dalaman

Spesifikasi piawai untuk kerja-kerja paip dalaman dan kelengkapan kebersihan hendaklah dilaksanakan oleh tukang paip yang mempunyai lesen yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kesemua paip, pepasang dan alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan paip air dan kelengkapan kebersihan hendaklah dari jenis yang diluluskan oleh pihak berkuasa bekalan air. Kesemua kerja-kerja hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa bekalan air negeri. Semua paip air hendaklah dipasang dan disalirkan air dari tangki simpanan kecuali paip air sinki yang dipasang terus dari meter air. Kesemua stop cock dan tep hendaklah dipasang dengan teliti dan kemas supaya tiada kebocoran.

Tangki air simpanan hendaklah dipasang mengikut kesesuaian dari segi saiz dan muatannya. Tangki air hendaklah ditutup rapat tetapi tidak kedap udara supaya nyamuk tidak dapat masuk. Paip cuci dan paip limpah hendaklah hendaklah dipasang sesalur keluar dari bangunan. Tangki air hendaklah dari jenis HDPE, fibre glass dan stainless steel.
Pemasangan meter air hendaklah dilakukan oleh tukang paip berlesen A2 yang dikeluarkan oleh SPAN. Semua pemasangan meter air hendaklah mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak berkuasa air.

Semua pemasangan sistem tandas dan air buangan perlu mengikut piawaian JKR. Sum/main hole hendaklah dipasang pada semua sistem saliran air buangan kotoran. Inlet dan outlet hendaklah dipasang dengan cara yang betul dan dilevel dengan kemas. Semua outlet mestilah disalur ke longkang atau parit supaya sistem saliran berjalan dengan lancar.

Saturday 16 January 2010

Tukang Paip Azren Plumber & Contractor



Tukang Paip Azren Plumber and Contractor menjalankan kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja berkaitan. Kerja-kerja Tukang Paip seperti pemasangan paip air, semua sistem sanitary, kerja-kerja pendawaian elektrik, kerja-kerja pemasangan jubin, siling kapur, pagar, jalan dan kerja-kerja tanah. Walaupun khusus untuk kerja-kerja tukang paip tetapi banyak menjalankan kerja-kerja selain tukang paip seperti pembinaan bangunan. Syarikat ini mempunyai kemahiran pertukangan termasuk tukang paip selama 20 tahun. Telah diberikan lesen tukang paip oleh SAJ dan BAKAJ. Kini lesen tukang paip dikendalikan oleh SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara). Sebagai tukang paip berlesen syarikat ini menjalankan kerja-kerja berkaitan tukang paip yang tertakluk kepada syarat-syarat didalam permit A2 seperti yang telah diberikan oleh SPAN. Azren Plumber & Contractor berazam untuk menjalankan kerja-kerja tukang paip yang memenuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan oleh SPAN.

Tukang Paip Daerah Batu Pahat

Azren Plumber & Contractor adalah tukang paip berdaftar di Batu Pahat. Berdaftar dengan SPAN bagi menjalankan kerja-kerja paip dalam negeri Johor. Azren Plumber & Contractor juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Menjalankan kerja-kerja pembinaan, kerje-kerje elektrik dan paip air. Bagaimanapun kerja-kerja lebih tertumpu kepada kerja-kerja paip dalam daerah Batu Pahat dan Muar. Selain menjalankan kerja paip, banyak kerja-kerja pertukangan kayu, bangunan dan elektrik dijalankan dalam daerah Batu Pahat. Bidang kerja tukang paip terdiri daripada kerja-kerja pemasangan paip dalaman bangunan termasuk sistem sanitary sehingga kepada kerja-kerja tapping ke paip perhubungan. Kerja-kerja pembinaan bangunan dari kerja-kerja tanah sehinggalah siapnya bangunan itu Ia termasuklah kerja-kerja asas, tiling, siling kapur dan kerja-kerja luar bangunan seperti pagar dan longkang.

Saturday 2 January 2010

Permit Tukang Paip

Tukang Paip mestilah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh SPAN. Tukang paip memerlukan sekurang-kurangnya permit A1(menjalankan kerja-kerja paip dalaman sehingga meter. Bagaimanapun untuk menjalankan kerja-kerja paip perhubungan iaitu paip selepas meter air, tukang paip sekurang-kurangnya memerlukan permit jenis A2. Permit ini membolehkan tukang paip menjalankan kerja-kerja paip dalaman dan luaraan. Pengguna dinasihatkan mencari tukang paip yang mempunyai permit yang sah. Bagi Pengguna di negeri Johor boleh menghubungi melalui telefon 1800 88 7474 atau laman web SAJ(Syarikat Air Johor) atau SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara)

Kenapa Perlunya Tukang Paip

Mungkin ramai yang tidak sedar akan perlunya tukang paip sehinggalah berlakunya kerosakan dirumah. Ramai beranggapan kerja tukang paip ini mudah dan boleh dibuat sendiri. Perlu diingat bahawa memasang atau membaiki paip air tanpa kemahiran mencukupi boleh membuatkan kita kerugian dari segi tenaga, masa dan wang. Ada yang beranggapan bahawa tukang paip hanya diperlukan apabila kerja-kerja yang benar-benar sukar dilakukan sendiri. Adalah diingatkan kepada pengguna yang ingin memasang paip air baharu ataupun membaiki paip air yang rosak dirumah supaya memanggil tukang paip yang berlesen. Bagi yang ingin menjalankan kerja-kerja pemasangan paip air juga perlulah mengetahui bahawa mereka mestilah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh SPAN. Tukang paip yang menjalankan pemasangan paip air adalah tertakluk kepada Akta 654 - Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Mereka yang ragu-ragu akan akta yang ada perlulah merujuk akta tersebut di laman web SPAN berkaitan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. Ini bagi mengelakkan kita dari melanggar akta yang berkenaan.

About Me

Azren Plumber & Contractor berdaftar dengan SSM bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan, Memiliki lesen SPAN kategori A2 untuk memasang paip air utama dan juga kediaman. Memohon bekalan air baru untuk kediaman, kedai dan lain-lain premis yang memerlukan bekalan air paip. menjalankan kerja-kerja penyambungan semula bekalan air, kerja-kerja tapping dan membaiki semua kerosakan paip air.

Lintasan Parit

Lintasan Parit